PARTI MANAKAH YANG AKAN MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA SELEPAS PRU KE-13 ?

Tuesday, 15 May 2012

Piala FA: Kelantan cuti hari peristiwa

Doa Tok Guru Nik Aziz iringi The Red Warrior


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan semua penyokong dan peminat The Red Warrior menjaga tatatertib mereka pada pertandingan akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini.

Beliau berkata, selain menjaga keselamatan sepanjang perjalanan, rakyat negeri itu yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga perlu menjaga nama baik negeri Kelantan sesuai dengan nama jolokannya sebagai 'Serambi Mekah'.

"Mudah-mudahan Allah selamatkan pemain kita. Sentiasa ingat kepada Allah. Dalam permainan kita jangan tinggal sembayang.

"Jaga tata tertib, mudahan Allah selamatkan kita semua baik pemain mahupun penonton," katanya dalam satu rakaman video yang dimuatkan di Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, mengambil kira faktor keselamatan penyokong dari Kelantan yang akan membanjiri stadium nasional itu nanti, kerajaan negeri juga telah mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut mendoakan pasukan Kelantan agar berjaya membawa pulang piala FA itu nanti.

"Semoga The Red Warrior dapat pulang dengan kejayaan unggul menggenggam piala FA 19 Mei ini... yang penting permainan biarlah bersemangat, penonton pula jagalah akhlak dan peribadi sesuai dengan semangat kesukanan," katanya lagi. (HD)


DARI SAS:  Semoga impian The Red Warrior untuk menggenggam piala FA akan jadi kenyataan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...