PARTI MANAKAH YANG AKAN MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA SELEPAS PRU KE-13 ?

Tuesday 22 May 2012

PAS yakin tawan beberapa DUN di Melaka



PAS yakin akan menawan beberapa Dun dalam negeri Melaka di samping mengetuai PR membentuk kerajaan negeri yang baru pada PRU 13 nanti.

Sumber dalaman PAS yang boleh dipercayai yakin bahawa parti itu akan membuat kejutan pada PRU 13 kali ini.

"DAP sudah pasti akan memenangi sekurang-kurangnya 7 kerusi manakala PKR menang sebanyak 4 kerusi dan PAS akan menang paling minima 5 kerusi"

"PR akan menang minima 16 kerusi, BN 12 kerusi, kalau Ali Rustam bertanding Dun dan menang dia akan ikut jejak Khir Toyo jadi Ketua Pembangkang" kata sumber tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurutnya Umno sering membuat fitnah bahawa Ketua Menteri adalah dari kalangan DAP yang bukan Melayu jika PR menang pada PRU 13 nanti.

"Siapa kata DAP jadi Ketua Menteri, kita akan bincang selepas menang. Sekarang inipun kita dah bincang dan kita akan memastikan semua rakyat Melaka termasuk Melayu, Cina dan India akan bersetuju dengan calon Ketua Menteri kita, PR ada ramai calon Ketua Menteri, bukan macam Umno/BN" tambah beliau.

"Malah ramai pimpinan PR yang telah memberi pandangan bahawa Ketua Menteri Melaka tetap orang Melayu bagi menunjukkan bahawa PR akan sentiasa memastikan kepuasan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat Melaka"

"Kita akan ambil pandangan semua pihak bagi memastikan kesinambungan perjuangan PR untuk selama-lamanya bukan sekadar sepenggal" ujar beliau bersungguh-sungguh.

Keyakinan pimpinan PAS tentang keupayaan parti itu memenangi beberapa kerusi Dun di Melaka, diperkuatkan dengan kegelabahan Umno Melaka yang seakan-akan takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Antara contoh ketara Umno semakin goyah dan gelabah ialah tindakan mereka menganggu ceramah PAS dengan mengadakan ceramah di sebelah; membuat kacau pada program-program PR dan paling baru mengganas dengan merosakkan kereta dengan membaling batu dan telur ke arah penyokong dan pimpinan PR pada program anjuran PR dan penyokong Bersih 3.0 di Merlimau baru-baru ini.

Selain itu sumber dalaman Umno juga menyebut bahawa terdapat lebih dari 10 kawasan hitam bagi Umno Melaka. Malah sumber itu menyebut bahawa kawasan-kawasan kelabu juga bila-bila masa sahaja boleh menjadi hitam disebabkan kegagalan jentera Umno untuk menjawab isu-isu hangat di peringkat negeri dan nasional.

Desas-desus juga menunjukkan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam akan pencen dari jawatan yang disandang sekarang dan beralih angin untuk bertanding di kerusi Parlimen. Malah Ali juga dikatakan tidak berani bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil tetapi memilih kerusi Jasin atau Tangga Batu bagi memastikan kedudukannya selamat dan menang selesa. -mutaligat.blogspot

Latar Belakang Pendidikan dan Kerjaya RAFIZI RAMLI

Rafizi Ramli

Lahir: 14 September 1977

Tempat Lahir: Besut, Terengganu

Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar



LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
  • Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan
  • Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
  • Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
  • Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
  • Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
  • Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
  • Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
  • Presiden, Badan Revolusi Agama
  • Presiden, Pancaragam Tentera
  • Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
  • Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
  • Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan

Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

  • Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
  • Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
  • Pengawas
  • Orkestra Morrison’s Academy

Leeds University (1996 – 1999)

  • Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan 
  • Elektronik
  • Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

  • lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
  • diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
  • diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia

PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

  • Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
  • Pengurus termuda semasa dilantik

PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)


  • Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
  • Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
  • Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion


PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
  • Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
  • Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion

Pharmaniaga Berhad (2009)


  • Pengurus Besar

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )

  • Ketua Eksekutif

(rafiziramli.com) 

Sunday 20 May 2012

Gambar Panas ! Tan Sri Annuar Musa juga tuntut royalti minyak


Gambar di atas membuatkan UMNO/BN Kelantan tak tidur lena terutamanya kepada Mustapha Mohamad dan Najib apabila tindakan Tan Sri Annuar Musa dilihat bersama rakyat Kelantan turut menandatangani tuntutan royalti minyak bagi negerinya semasa kehangatan perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu lepas.


DARI SAS: Kalau dah orang kuat BN sendiri tuntut royalti minyak...SAS dah tak nak cakap apa....hihi

Gempar ! UMNO anjurkan BERSIH 4.0



Dikhabarkan BERSIH 4.0 anjuran Umno sedang berlangsung di KL skrg, bertemakan "Mencucikan Bersih 1 , 2 dan 3" .

Wakakakkkkk....Ini bukan BERSIH (Gabungan pilihanraya bersih dan adil) tetapi ini adalah Pemuda UMNO Selangor bersama-sama berganding bahu dengan PERKASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyamar sebagai peniaga-peniaga kecil buat lagi satu NGO dinamakan BERSIH 4 yang dilancarkan di Dataran Madras depan Semua House, KL sebentar tadi (semalam). Aktiviti penipu dan bodoh pertama mereka ialah akan memohon 60 permit peniaga bagi membuka gerai di depan rumah Datuk Ambiga pada 24-25/5/2012.


DARI SAS : Dasar umno bebal dah tak ada kerja lain kerrr?? KAH..KAH...KAH...budak-budak tadika pun ketawa dengan gelagat 'pengampu' yang makin hari makin nyanyuk ni...kikiki... (btmmari.blogspot)

Panas ! Abby Abadi berada di Pentas PAS



Alhamdulillah...selepas Aishah, Dayangku Intan,,,,, Kini Giliran "Abby Abadi" Mengambil Tempat.. Jom Kita Turun Ramai-Ramai... ::.kikiki.::

Abby Abadi ( Isnp. Aliza) Bekas pelakon Siri GERAK KHAS akan bersama sama di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang

Baguslah macam nie.ada perubahan yang baik.Inilah parti pas.Orang yang mahu berubah kepada kebaikan akan menyertai pas manakala orang yang nak kepada keburukan akan menyertai Umno.Ko orang orang fikir-fikir la sendiri..Apa pun aku ucapkan tahniah Abby abadi kerana bersama-sama dengan parti islam..

(siasahkini)


DARI SAS: Tahniah kepada Abby Abadi !


Saturday 19 May 2012

Video Panas! Pemimpin UMNO mengamuk dan Ishtihar keluar parti

UMNO PERAK HANYA AKAN TINGGAL SEJARAH, SAKSIKAN UMNO KENA MAKI HAMUN DENGAN ORANG KUATNYA SENDIRI ( 1 VIDEO )




Naib Ketua Umno Kampar Isytihar keluar parti

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.
Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.

"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat. (naimnikmat.blogspot)


DARI SAS: Nak ulang lagi apa yang Zamhur cakap, "Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir"...kah..kah..kah...umno oh umno!

FINAL PIALA FA: Stadium Nasional Bukit Jalil akan diGEGARkan dengan TUNTUTAN ROYALTI

Stadium Bukit Jalil DiGEGARkan Oleh Tuntutan Royalti Sempena Final Piala FA


Kuala Lumpur: Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini.

Gambar: Tandatangan rakyat Kelantan minta kembalikan hak royalti minyak Kelantan "didaratkan" di Perkarangan Dataran Stadium Bukit Jalil. Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.

"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily.

Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.

Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.

Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.

Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.

"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.

Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.

Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. (HD)


DARI SAS: Go on the red warriors ! pastinya camera man malam ni kurang memfokuskan penyokong-penyokong Kelantan jika kain rentang gergasi menuntut royalti dinaikkan...1 Malaysia tengok tuuu...bergegarlah si Najib malam ni..kah..kah..kah..


Friday 18 May 2012

Panas! Berita ni tak akan disiarkan di TV3 dan Utusan


BUKIT GARAM : Demi membela maruah rakyat Sabah yang terhina di bawah pemerintahan UMNO dan BN, Bekas Ketua Anak Negeri N48 Sukau, Sairin Muyong bertindak keluar UMNO dan menyertai PAS bersama 23 orang penyokongnya.

Borang penyertaan Sairin dan penyokongnya diserahkan kepada Bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Sapawi di rumahnya di Kg Bukit Garam. Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Kinabatangan, Innah Tuton turut menyampaikan ucapan dalam majlis ringkas tersebut melahirkan rasa bangga atas penyertaan Sairin yang diyakini bakal memperkukuhkan PAS Kawasan Kinabatangan.

“Rakyat Sabah sering dipermainkan oleh pemimpin BN bermula zaman Tun Datu Mustapa sehinggalah kini dengan janji-janji pembangunan yang mengkayakan pemimpin tertentu sahaja. Rakyat Sabah terus hidup melarat dihimpit kemiskinan,” jelas Sairin yang juga bekas Setiausaha Parti Berjaya Kinabatangan.

Ketika ditanya, penyertaannya ke dalam PAS kerana berminat untuk menjadi calon PAS di N48 DUN Sukau, Sairin menafikan dakwaan itu kerana PAS sebuah parti yang cukup cermat dalam pemilihan calon dan matlamat perjuangannya adalah jelas untuk Islam.

Penyertaan beliau adalah untuk mencari redha Allah dengan baki kesihatan yang dianugerahkan Allah ini, namun Sairin berjanji akan bersungguh-sungguh menggunakan pengalaman politiknya untuk membantu PAS dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Bekas Ketua Cawangan UMNO itu juga melahirkan keyakinan kepada PAS yang dilihat lebih telus dalam pengurusan dan sentiasa mendidik pemimpin dan ahlinya supaya amanah dalam memikul tanggungjawab Negara, di samping keikhlasan ahlinya berkorban untuk meninggikan syiar Islam.

Ketika menyerahkan borang keahliannya kepada Ustaz Azman, Sairin berkata, “saya menyerahkan borang ini berserta dengan jiwa dan raga saya kepada perjuangan Islam yang dibawal oleh PAS,” lalu disambut dengan laungan takbir oleh hadirin yang hadir.

Sementara itu, Ustaz Azman turut melahirkan kegembiraan atas kesediaan Sairin dan penyokongnya untuk menyertai PAS.

Senario penyertaan masyarakat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin rancak, bahkan di mana-mana yang beliau pergi, masyarakat akan bertanya tentang tarikh pilihanraya.

Ini membuktikan rakyat sudah muak dengan UMNO BN dan sudah tidak sabar-sabar untuk menguburkan parti yang memerintah sekarang ini.

Menurut Ustaz Azman lagi, rakyat semakin takut dengan gaya pemerintahan BN yang boros dan bocor di mana-mana.

“UMNO BN bergaduh dengan semua peringkat masyarakat, bermula dengan pelajar university sehinggalah peneroka FELDA sehingga tergamak mengeluarkan kata-kata kesat kepada peneroka FELDA,” jelas Ustaz Azman lagi. (Sabahkini)

(anak sungai derhaka)


DARI SAS: Ayuh rakyat Sabah...berani membuat perubahan dari kerajaan zalim!

BERSIH 4.0 akan diadakan jika rakyat mahu

Samad Said: Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu
18 Mei 2012

A. Samad Said

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said tidak menolak kemungkinan Bersih 4.0 diadakan jika rakyat sekali lagi bersedia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Pendirian Sasterawan Negara itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kenyataan Datuk S. Ambiga, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, sebelum ini menyatakan beliau tidak bercadang ke arah penganjuran Bersih 4.0.

A Samad berkata, perhimpunan Bersih 4.0 mungkin menjadi kenyataan sekiranya penyokong pembangkang berhajat berbuat demikian dan pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan seterusnya.

"Untuk sementara ini kita tidak berani buat (Bersih 4.0) tetapi kalau rakyat mahu kita buat, kita beranilah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Dataran Pas Kuala Ibai di sini, malam tadi.

Berdasarkan kenyataan sebelum ini, Ambiga dipetik berkata masih belum bersedia meneruskan gerakan Bersih 4.0 yang dikaitkan dengan lambang kebangkitan rakyat di negara ini. Kelmarin, kepimpinan Bersih 2.0 berkata mereka sudah membuat keputusan muktamad tidak akan menggerakkan Bersih 4.0.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Pas dilihat mahu perkara ini berlaku sekali lagi bagi mendesak pilihan raya lebih bersih pada pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir pada majlis malam tadi ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Penolong Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Naib Ketua Muslimat Pas Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi dan Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah.

Sementara itu, Salahuddin turut memberitahu bahawa pihaknya mengadakan jelajah ke seluruh negara ketika ini bagi memberi pendidikan politik kepada orang ramai.

"Kita ingin rakyat Malaysia merasai politik baru dengan pengetahuan supaya politik kotor tidak berlaku dalam negara," katanya. (SH)


DARI SAS: Sokong BERSIH 4.0 diadakan sekali lagi jika sistem pilihanraya masih kotor!

GEMPAR ! Parlimen Switzerland bongkar skandal Ketua Menteri Sabah & Sarawak


Cubaan Malaysia menyembunyikan skandal penyelewengan wang hasil rasuah pembalakan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, kini mulai dibongkar. Berikutan pendedahan yang kami lakukan ke atas beberapa dokumen yang digunakan untuk menuduh itu, beberapa badan antarabangsa telah mula meneliti bahan-bahan bukti itu. Bahan-bukti seperti itulah yang dinafikan oleh Peguam Negara Malaysia, Abdul Gani Patail. Secara khususnya, fokus kini bertumpu kepada peranan yang dimainkan oleh bank Switzerland terbesar iaitu bank UBS, yang telah mengendalikan suatu jaringan akaun yang kompleks bagi pihak Musa Aman dan rakan sejenayahnya.

Hanya kurang seratus juta dollar telahpun disalurkan menerusi akaun-akaun UBS ke destinasi terakhirnya, iaitu akaun bank di Zurich di bawah nama Musa Aman. Turut menggunakan wang haram itu adalah anak-anak lelakinya yang menuntut di Australia.

Persoalan-persoalan yang kembali menghantui UBS

UBS telah berperanan berkhidmat untuk Musa Aman dengan membantu rakan-rakan politiknya dalam BN menutupi salah-laku tersebut.

Pada hari ini MP Carlo Sommaruga telah membangkitkan beberapa siri persoalan dalam Dewan Parlimen Swiss di Berne, setelah dia menyatakan kerisauannya terhadap penglibatan bank Swiss terbesar dalam transaksi kewangan yang penuh skandal itu.

Menurut Bruno Manser Fund (BMF), beliau telah menuntut diperjelaskan butir-butir pertuduhan yang terlibat, berikutan pendedahan dari Pejabat Peguam Negara Swiss yang telah bekerjasama dengan pihak berkuasa di Hong Kong yang telah meminta maklumat selanjutnya mengenai kes Musa Aman.

Dia juga bertanya sama ada kerajaan Swiss telah didatangi oleh penguatkuasa undang-undang dari Malaysia berkenaan perkara itu dan sama ada Switzerland akan membantu di segi bantuan perundangan kepada Malaysia.

Bekukan Aset-Aset Taib
Tambahan pula, menurut BMF, Carlo Sommaruga sedang mendesak kerajaan Swiss untuk membekukan aset-aset milik Musa Aman dan rakan sejenayahnya, Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga ahli-ahli keluarganya.

Beliau juga meminta diperjelaskan apakah jenis perlindungan yang dijangka dalam Perjanjian Perdagangan Bebas antara Persatuan Perdagangan Bebas Eropah, dan Malaysia yang akan menghalang hasil rasuah Malaysia daripada mengalir ke Switzerland.

Pakar undang-undang kini meneliti perkara ini dan Musa Aman, yang telah menuduh Sarawak Report memfitnahnya, dan UBS harus merasa lebih bimbang tentang bagaimana mereka akan menjelaskan bagaimana wang berjuta-juta dolar yang telah berangkaian di seluruh dunia dalam perjalanan ke Zurich, termasuk ke Amerika Syarikat.

(sarawakreport)


DARI SAS: Undilah lagi BN untuk menjamin masa depan yang gemilang...undi BN pasti rakyat tambah kaya !

PANAS ! Bekas PEGAWAI TERTINGGI PDRM SERTAI PAS

Bekas Ketua Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS


Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Majlis pengisytiharan beliau masuk PAS akan diadakan di Batu Kurau 20 Mei ini.

Penyertaan beliau dalam PAS membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang baik dan tidak ganas sebagaimana digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.

Kemungkinan juga Datuk Fauzi akan menjadi calon PAS pada PRU 13 nanti.

Dilahirkan di Larut Matang, Perak pada 25 September 1950, Fauzi memulakan kerjaya dalam PDRM sebagai Kadet Asisten Supritendan Polis pada 30 April 1975 iaitu selepas menamatkan latihan di Maktab Polis Kuala Kubu Baru.

Hampir kebanyakan masanya dalam PDRM dihabiskan dengan bergelumang dalam dunia membanteras jenayah.

Antaranya sebagai ASP Kongsi Gelap Pulau Pinang, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Sentul, Timbalan Penguasa Pentadbiran Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada 10 Oktober 1991.

Beliau dinaikkan pangkat ke Senior Asisten Komisioner II dengan memegang jawatan Komander Briged di Sarawak pada tahun 1998 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 Logistik dua tahun kemudian.

Beliau kemudian diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Polis Selangor dengan pangkat Deputi Komisioner Polis dan seterusnya dinaikkan pangkat dengan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
kursus

Fauzi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pernah menghadiri kursus Asas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kursus Kongsi Gelap di Maktab JSJ, kursus Sekolah Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko-ABRI), kursus pentadbiran di Jepun dan kursus menyelam di Sarawak.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Fauziah Ngah dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

(gigitankerengga.blogspot)


DARI SAS: Alhamdulillah...

Thursday 17 May 2012

SIAPLAH KAU UMNO/BN PRU13 KALI NI...

 

Bersih gerak kempen Jom Pantau PRU 13

KUALA LUMPUR 16 Mei: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menggerakkan dua kempen penting iaitu keluar mengundi dan jom pantau bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adil dan bersih.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said berkata, selepas Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) gagal mereformasi pilihan raya walaupun ratusan ribu rakyat menuntut pilihan raya bersih pada Himpunan Bersih 3.0, rakyat perlu menjadikan undi mereka sebagai benteng melawan penipuan.

“SPR tidak ada sedetik niat untuk memperbaiki pilihan raya, jauh sekali untuk memastikan perkara paling fundamental iaitu membersihkan senarai daftar pemilih.

“Jelas SPR tidak boleh dipercayai untuk menjalankan pilihan raya umum dengan adil dan bersih.

Justeru, kami menyeru semua rakyat Malaysia yang layak mengundi, anak semua bangsa keluar mengundi bagi melawan penipuan ini.

“Kita keluar beramai-ramai dengan jumlah yang belum pernah terjadi di Malaysia!” gesa Sasterawan Negara yang lebih dikenali Pak Samad pada sidang media hari ini.

Turut hadir, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin dan aktivis Hishamuddin Rais.

Pak Samad berkata, rakyat juga diseru memantau situasi pilihan raya untuk memastikan tidak berlaku penipuan.

“Kita memerhati dengan mata yang tajam pada masa berkempen dan pada hari membuang undi.

Laporkan, hebohkan dan lawan penipuan ini!” gesa beliau lagi.

Menurut beliau, Bersih 2.0 akan bekerjasama dengan Tindak Malaysia dan Jom Pantau bagi melatih sukarelawan yang berperanan sebagai pemantau, pegawai pilihan raya, pengira undi dan ejen pengundi pos.

Tindak Malaysia adalah NGO yang terlibat melatih sukarelawan pilihan raya dan Ejen Pengundi, Pengira Undi dan Ejen Barung (Pacaba). Mereka juga akan memastikan pilihan raya tidak terlibat dengan penipuan.

Manakala Jom Pantau pula diketuai Komas yang bekerjasama dengan Malaysian Observes Network (MEO-Net), Southeast Asian Center for e-Media (SEACAM) dan National Institute for Democracy Electoral Iintegrity (NIEI).

Rakyat boleh mengambil bahagian dalam pemantau pilihan raya dengan cara membuat laporan kepada umum di www.pru13.info.

(shalehudin.blogspot) 


DARI SAS: Gerakkan jentera, rapatkan kerjasama...demi untuk menyelamatkan Malaysia tercinta dari kerajaan yang "paling mulia di dunia"...


Wednesday 16 May 2012

Khas Buat Guru - RM500 Setiap Bulan Jika Pakatan Kuasai Putrajaya


KUALA LUMPUR 16 Mei: Pakatan Rakyat (Pakatan) bertekad mengotakan janji yang ditawarkan dalam Buku Jingga termasuk menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang sebagai permulaan, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang turut menganggotai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan, tawaran itu sebagai menghargai peranan guru yang konsisten meneruskan tugas dan tanggungjawab membina anak bangsa Madani.

“Dalam kita berdepan dengan gelombang globalisasi, kebajikan guru mestilah dipelihara, termasuk memantap skim pengajian dan elaun guru meliputi kesihatan, keselamatan, keluarga dan persaraan mereka.

“Inilah yang KEADILAN perjuangkan agar kedudukan pendidik ini terbela seterusnya memperkukuh sistem pendidikan negara,” katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hari Guru, hari ini.

Wan Azizah berkata, KEADILAN melihat kerjaya pendidik pekerjaan mulia dan mesti dipergiat untuk golongan muda agar minat kepada tenaga pengajar lebih mendalam di samping membantu ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Guru adalah pencorak minda dan nilai kemanusian sepertimana dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 269 bermaksud ‘Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut aturan yang ditentukanNYA).

“Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akan fikirannya,” tegasnya.

Oleh itu, katanya, KEADILAN bersama Pakatan bertekad memastikan apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga dikota dan laksana dengan formula pentadbiran telus dan mantap.

“Tahniah buat guru-guru yang telah menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat. Selamat Hari Guru, jasamu tetap dikenang,” katanya lagi.

Imbuhan RM500 sebulan kepada setiap guru itu merupakan satu dari 10 tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia untuk dilaksana dalam masa 100 hari selepas diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan baru pada pilihan raya umum akan datang. Tawaran itu turut diisytihar dan dicatat dalam Buku Jingga sempena Konvensyen Pakatan Rakyat pada November 2010.


DARI SAS: Undilah Pakatan Rakyat! selamatkan Malaysia...

Tuesday 15 May 2012

Si Penonggeng: Guna "Datuk" palsu rupanya

Maka Terlucutlah Seluar Ketua Si Penonggeng Itu: Guna "Datuk" Palsu Rupanya

 
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Mohd Ali Baharom pernah menggunakan gelaran Datuk palsu dan tidak di perakukan. Akhabar pencacai Utusan malaysia perniah menyiarkan berita "Datuk" palsu itu di keluarannya pada 13/01/2011 (sila rujuk keratan akhbar di bawah)

Nama Persatuan Veteran Tentera Melayu timbul apabila membuat 'senaman punggung' di hadapan rumah Pengerusi BERSIH 3.0 iaitu Ambiga.

'Senaman punggung' bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

Tindakan PVTM tersebut di kecam hebat sesetengah pihak kerana amat memalukan dan dipercayai didalangi oleh United Malays National Organisation (Umno).




greenboc.blogspot


DARI SAS: Kan dah tak pasal-pasal keluar cerita lama gara-gara buat aksi bebal !..kah..kah..kah.. mana nak letak muka..dah la menipu! bongok !


PENDEDAHAN PANAS ! AKAUN KEWANGAN NEGARA kini berada dalam keadaan TENAT?

Dari siasahkini.blogspot.com



Semalam 14 hb Mei 2012, Sk menghadiri satu mesyuarat jabatan di Ibu Negara Kuala Lumpur. Kebiasaannya mesyuarat ini di pengerusikan oleh seorang ketua jabatan yang sebelah paginya membincangkan mengenai kerja-kerja teknikal projek itu dan projek ini, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah diseluruh negeri tanah air. Suasana mesyuarat berjalan dengan selesa dan baik.

Selesai waktu rehat sekitar jam 1.30 hari disusuli pulak mesyuarat kedua disebelah petang mengenai peruntukan kewangan mengurus negeri. Mesyuarat ini agak panas apabila pengerusi mengajukan pelbagai soalan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai peruntukan yang diberikan tapi masih lagi tidak dibelanjakan. Soalan yang diajukan oleh pengerusi kebanyakan dapat dijawab dan dapat diselesaikan namun ada juga beberapa waran peruntukan yang diberikan masih tidak dibelanjakan oleh negeri masing-masing dan peruntukan tersebut terpaksalah ditarik balik.

Dalam kerancakkan perbincangan dan kehangatan pelbagai isu yang dibangkitkan, tiba-tiba pengerusi ada menyebut :

“tahukah kamu semua, MOF (Kementerian Kewangan) kini tenat” ketika itu semua terdiam seketika.

“Saya bersusah payah turun naik MOF untuk memohon peruntukan yang kamu semua mohon tapi bila dapat kamu tidak belanjakan”.

Untuk makluman semua, peruntukan yang diterima oleh suatu agensi kerajaan perlulah dibelanjakan semaksima yang boleh pada perkara yang perlu. Kepada mereka dikalangan kakitangan kerajaan memang dah maklum perkara ini.

“Kamu semua tahu tak, sekarang ni kerajaan pusat dah tak ada duit untuk belanja. Saya di maklumkan kementerian dah ambil langkah untuk menggadaikan tanah negara semata-semata nak tampung belanja, saya sebenarnya dah takut bila pegawai kementerian bagitau benda ni” ujar pengerusi tersebut.

“Apa yang PM umum untuk bagi tu bagi ni semuanya umum sahaja. Lepas pilihanraya ni kita akan lagi akan teruk sebab kerajaan tak ada duit. Mungkin permohonan bajet kita lepas ni tidak akan dapat sebanyak sekarang, saya dah bocor rahsia hari ni, tapi tak apa lah” sambungnya sambil meneruskan agenda mesyuarat sehingga selesai.



Apa yang di dedahkan oleh ketua jabatan itu sebenarnya memang benar. Kalau sebelum ini sudah banyak kali ahli politik pembangkang mengungkitkan perkara ini di setiap program ceramah-ceramah Pakatan rakyat. Sudah berbuih mulut ahli politik menerangkan tindakan menggadai tanah rizab negara oleh PM Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas Kementerian Kewangan sekarang. Kalau rakyat tak nak percaya maklumat yang disampaikan oleh golongan politik tak apa, tapi maklumat yang disampaikan sendiri oleh pegawai berkaitan adakah kita tak nak percaya? Adakah nak tunggu negara kita tergadai dan merempat barulah kita percaya. Nasi sudah menjadi bubur.

Sikap berbelanja boros, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa menteri yang bertanggungjawab ini adalah faktor utama sehingga menyebabkan akaun negara berada dikedudukan yang amat tenat. Pemberian BR1M, Bonus tahunan atau imbuhan untuk warga FELDA RM15,000.00 yang sepatutnya untuk hujung tahun dan bermacam-macam lagi imbuhan, semua ini adalah umpan cacing yang akan dicangkuk di mata kail.

Walaupun Ketua Jabatan tersebut tidak menceritakan tanah kawasan mana yang menjadi mangsa kerakusan Menteri Kewangan ini dan Jika ditakdirkan kerajaan tidak dapat menebus kembali tanah yang dipajakgadai tersebut, apa akan terjadi seterusnya kepada negara kita?

Pendedahan yang dibuat ini adalah satu peringatan kepada seluruh lapisan masyarakat agar dapat menolak kerajaan BN yang ada sekarang dan digantikan dengan Kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat.


DARI SAS: Ayuh semua rakyat Malaysia, selamatkan Malaysia dari kerajaan korup!

Ceramah Hasan Ali tenggelamkan ceramah Anwar...apa kes ni?


Beribu rakyat hadir menyaksikan ceramah Pakatan Rakyat yang di adakan di Kg. Paku, Masjid Tanah, Melaka. Dalam ceramah ini telah menampilkan beberapa tokoh Pakatan Rakyat termasuklah Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim.

Di anggarkan seramai 4000 orang mendengar ceramah ini seperti di dalam gambar. Selain itu wujud ganguan yang cuba di adakan oleh pihak UMNO BN dengan membuka kaset ceramah Hasan Ali akan tetapi jumlah mereka yang amatlah sedikit mengakibatkan mereka tenggelam dalam ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Selain itu bekalan elektrik ke khemah mereka telah di potong oleh pihak tuan rumah akibat kebiadapan Umno dalam berhujah menyebabkan pihak tuan rumah tidak membenarkan mereka mengunakan eletrik.

Selain itu seluruh penduduk kampung juga memboikot Umno dengan tidak memberi mahu pun menyewakan sumber elektrik kepada mereka.

Ini membuktikan mood rakyat yang ingin kan perubahan dan menyokong pakatan rakyat tidak dapat di bendung .Turut hadi ialah Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Masjid Tanah Ust Jualsapiyah bin Kassim.







Uwaaaaa....misi tak menjadi....kah...kah...kah...


Haiii...tunggu bas angkut penyokong ke....pasti ramai nanti kan..

 siasahkini.blogspt
DARI SAS:  Bebal punya umngok/BN, ceramah tunya punya badan si Hasan Ali Akidah pun orang susah nak datang, ini pulak buka kaset ceramahnya semata-mata nak lawan ceramah DSAI...kau memang bebal la umngok/BN...ada otak gunalah weiii....kah..kah..kah...

Isu Scorpene: Najib mesti tunjuk kejantanan dan jaga maruah negara

PAS bimbang manipulasi agar Najib terus berkuasa


KUALA LUMPUR, 15 Mei: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) bimbang manipulasi besar akan berlaku dalam pilihan raya akan datang untuk memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus berkuasa.

"Najib amat terdesak untuk terus berkuasa bagi membolehkan beliau terus melarikan diri dari inkuiri yang menyiasat urusniaga kerajaan Malaysia membeli kapal selam Scorpene yang kini sedang berlangsung.

"Jika Umno tidak lagi memerintah, kerajaan yang baru pasti akan memberikan sepenuh kerjasama kepada Interpol untuk mengheret Najjib menghadap inkuiri tersebut," katanya.

Sebab itulah, katanya, rakyat perlu berhati-hati dan merasa bimbang terhadap kemungkinan manipulasi tersebut.

Salahuddin juga berharap Perdana Menteri dapat menjaga nama baik dan maruah negara serta tidak melarikan diri dari inkuiri itu.

"Kalau Perdana menteri mempunyai integriti dan mahu dilihat sebagai seorang yang bermaruah dan bermoral, beliau sepatutnya memberikan segala kerjasama kepada apa jua proses perundangan yang berkaitan termasuk inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam itu," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin juga menyifatkan kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu semakin menimbulkan kecurigaan rakyat dan juga masyarakat antarabangsa terhadap Perdana Menteri.

Zahid berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri tersebut.

"Jangan sampai Perdana Menteri dilihat oleh rakyat dan dunia sebagai orang bersalah," kata Salahuddin.

Baginya, perbuatan melarikan diri dari peluang untuk membersihkan nama dan maruah akan menyebabkan seseorang itu dilihat bersalah.

"Orang yang tidak bersalah sentiasa mencari forum yang diiktiraf seperti perbicaraan mahkamah atau inkuiri seperti yang dibuat di Perancis itu untuk membersihkan namanya," katanya.

Najib, kata beliau, tentu tahu kata-kata yang begitu popular di kalangan orang-orang Melayu iaitu "berani kerana benar dan takut kerana salah".

"Orang tak bersalah bersikap berani kerana beliau berada di pihak yang benar, orang takut pula biasanya merasa begitu takut kerana ia bersalah," katanya.

Peguam Perancis Joseph Breham yang mewakili NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia dalam kes sivil di mahkamah negara itu berkata, hakim mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap antarabangsa sekiranya perintah sepina ditolak, termasuk meletakkan "arahan merah" (red alert) bersama polis dunia Interpol. (HD)


DARI SAS: Wahai Najib yang dihormati..berani kerana benar, takut kerana salah...tunjukkan kejantanan anda ! jangan hanya pandai pung pang pung pang sana sini nak lari dari kes.


Piala FA: Kelantan cuti hari peristiwa

Doa Tok Guru Nik Aziz iringi The Red Warrior


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan semua penyokong dan peminat The Red Warrior menjaga tatatertib mereka pada pertandingan akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini.

Beliau berkata, selain menjaga keselamatan sepanjang perjalanan, rakyat negeri itu yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga perlu menjaga nama baik negeri Kelantan sesuai dengan nama jolokannya sebagai 'Serambi Mekah'.

"Mudah-mudahan Allah selamatkan pemain kita. Sentiasa ingat kepada Allah. Dalam permainan kita jangan tinggal sembayang.

"Jaga tata tertib, mudahan Allah selamatkan kita semua baik pemain mahupun penonton," katanya dalam satu rakaman video yang dimuatkan di Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, mengambil kira faktor keselamatan penyokong dari Kelantan yang akan membanjiri stadium nasional itu nanti, kerajaan negeri juga telah mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut mendoakan pasukan Kelantan agar berjaya membawa pulang piala FA itu nanti.

"Semoga The Red Warrior dapat pulang dengan kejayaan unggul menggenggam piala FA 19 Mei ini... yang penting permainan biarlah bersemangat, penonton pula jagalah akhlak dan peribadi sesuai dengan semangat kesukanan," katanya lagi. (HD)


DARI SAS:  Semoga impian The Red Warrior untuk menggenggam piala FA akan jadi kenyataan.

Aiskrim Percuma: Bukan namanya UMNO kalau bukan BEBAL



BEBAL TERAMAT BEBAL...ITULAH UMNO YANG SUNGGUH BEBAL !

SHAH ALAM: “Duduk, makan dan agih aiskrim percuma,” itulah gimik kempen yang diadakan di Dataran Shah Alam dengan lebih 200 batang aiskrim pelbagai perisa dan jenama diedar kepada para pengunjung yang melalui kawasan berkenaan.

Dengan kira-kira 20 petugas yang turun untuk mengagihkan aiskrim tersebut, Pengerusi Kempen Aiskrim 1Malaysia, Rafi Awang Kecil berkata, tujuan ia diadakan bukan untuk menyindir Ahli Dewan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, ia sekadar untuk memberi aiskrim percuma dan mahu ia dimakan di tempat terbuka dan bukannya di tandas.

Sambil berseloroh beliau berkata, “lepas makan jangan tak balik rumah”.Katanya, kempen ini akan diteruskan di kawasan Dewan Negeri (Dun) Bukit Antarabangsa dan gimik ‘aiskrim percuma’ akan diadakan.

“Kita bagi aiskrim percuma, duduk dan agih sampai bersih. Tujuan nak beritahu agar makan aiskrim di tempat terbuka dan bukannya di tandas.

“Ini kempen 1.0, lepas ni 2.0 yang kita adakan di Dun Bukit Antarabangsa. Hari ini permulaannya. Tak kata ia simbolik kepada Azmin, tapi kalau makan aiskrim jangan sampai tak balik rumah,” katanya sambil berseloroh.

Pemberian aiskrim percuma itu turut mendapat sambutan baik para pengunjung, namun berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan sehingga dibantu seorang polis trafik.

Inilah contoh kebodohan orang-orang MELAYU yang sokong UMNO

DARI SAS: Bodoh punya umngok/BN dasar penakut..mengaku ja la kalau nak olok Azmin, ini ja kerja puak-puak bangkai bernyawa, 24 jam suka main isu seks...dah habis modal keee?..KAH..KAH...KAH...DASAR BODOH !




Dendam Harussani pada PAS tak pernah padam



Tuan Guru Nik Aziz gesa Harussani tidak campurtangan urusan politik

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan parti Islam yang diterajuinya.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.

Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar) berkata, “mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya. (bloglistpolitik.blog)


DARI SAS: !@#$%^&*?

Skandal Scorpene Najib Altantuya akan dibongkar!

Kemenangan Hollande Percepat Skandal Scorpene Najib Altantuya!


Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Presiden Perancis yang baru, Francois Hollande akan mempercepatkan siasatan terhadap skandal rasuah Scorpene membabitkan Najib Altantuya.

"Kemenangan presiden baru Perancis akan mempercepatkan siasatan kes rasuah kapal selam," kata Anwar dalam satu ceramah di Batu Caves, baru-baru ini.

Menurut Anwar, rakan karib Perdana Menteri yang juga pemilik Perimekar iaitu Abdul Razak Baginda dan Najib Altantuya sendiri antara saksi yang akan dipanggil.

Katanya, Mahkamah Perancis bukan hanya menghadkan siasatan mereka terhadap pembelian Scorpene, tetapi juga akan mengheret siasatan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu, apabila turut memanggil Dr Setev Shaariibu sebagai saksi perbicaraan.

"Kalau begitu, nama Malaysia akan terjejas. Proses keadilan sedang berjalan, apa keputusan saya tidak tahu.

"Tetapi yang saya tahu, ia tidak seperti badan kehakiman seperti Malaysia. Ia (Mahkamah Perancis) lebih bebas dan terbuka dan siasatan adalah berat kerana melibatkan kes rasuah yang besar.

"Kes ini ada kaitan dengan penjualan Submarine di Pakistan yang melibatkan 13 orang terbunuh dan penjualan submarine (kapal selam) di Taiwan yang menyebabkan seorang terbunuh, dan di Malaysia mengakibatkan seorang terbunuh (Altantuya)," ujarnya.

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urus niaga pembelian Scorpene baru-baru ini menemui bukti bahawa Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), terdapat faksimili menunjukkan Najib meminta jumlah itu sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Pada 7 Mei lalu, Francois Hallonde, menewaskan Nicolas Sarkozy untuk jawatan presiden sekaligus

menjadi presiden pertama dari kalangan Parti Sosialis sejak bekas presiden Francois Mitterand kali terakhir melakukannya pada 1995.



DARI SAS: UMNO/BN parti paling bersih di dunia...kah..kah..kah...

Monday 14 May 2012

AKSI TAYANG PUNGGUNG Persatuan Veteran Tentera Melayu depan rumah Ambiga



Sakit pinggang ke tok?? kalau sakit duduk diam-daim kat rumah, jaga cucu atok tu lagi bagus...

Aksi tidak senonoh 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

Kononnya demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga yang disifatkan sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

HA..HA..HA...bodoh betul dorang ni...dasar bebal...puak-puak bangkai bernyawa ni memang dah berbau busuk, SAS dah cakap dorang-dorang ni dah kehabisan model, last-last bawa isu seks..bodoh punya orang..bengap betul!

Paling memalukan semua peserta demo ni berbangsa Melayu dan beragama Islam. Alahaiiii mak bapak tak ajar?

Screenshot di bawah SAS ambil dari malaysiakini berkaitan isu Senaman Sakit Punggung ni.. kikiki





DARI SAS: Nampak sangat bodohnyee...kah..kah..kah..

Video PANAS! : Najib dimalukan di Kota London dengan laungan 'Bersih' !







Alahaaiiii...terkedu lidah ku membisu..KAH..KAH..KAH...Najib sungguh tersentak dengan laungan Bersih semasa mahu memulakan ucapannya di O2 Arena , London. Beliau menggunakan ucapannya yang pendek di O2 Arena dengan mempertahankan tindakan kerajaan terhadap himpunan Bersih 3.0. Pastinya , Najib tidak tidur lena setelah dimalukan rakyat Malaysia di Kota London. (paspb)

Kedua-dua video di atas, Najib kata, You can meet with me later ok kepada hadirin yang melaungkan 'bersih'....asalkan najib tak hantar samseng sudah...rakyat didahulukan maaaa....

DARI SAS: Kesian sungguh pak ajib ni, hero malaya dah terbang london terima bunga kuning, tengah-tengah nak mula berucap dengar laungan 'bersih' pula....nahh ambik kau dari penangan BERSIH!..kah...kah..kah...HARI DEMI HARI UMNGOK/BN ni dimalukan....kikikiki....

"Ibuku isteriku, Bapaku suamiku" - HARIAN METRO MOHON MAAF






Akibat menerima pelbagai tekanan dari pelbagai pihak berikutan daripada berita dari suku kaum penan di Sarawak yang bertajuk, "ibuku isteriku, bapaku suamiku" yang dikatakan berita yang berunsur perkauman. Akhbar online harian metro hari ini memohon maaf di atas berita tersebut atas alasan mereka hanya ingin pembaca mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah masyarakat kepada orang ramai.


DARI SAS: Akhbar perdana online harus peka dengan keadaan semasa, bukan semua orang boleh memberikan keterbukaan untuk sama-sama menerima hujah apabila ianya bersangkut-paut dengan suku kaum. Harus diingat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum terutama di Sabah dan Sarawak.



ANWAR sedia jawab isu masuk UMNO jika RTM beri 5 minit

Anwar bersama Abdul Hadi dan Lim Kit Siang pada sidang media hari ini.

PETALING JAYA, 14 Mei 2012- Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menjelaskan isu dakwaan beliau ingin kembali kepada Umno jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) berinya ruang siaran.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Senator Ezam Mohd Noor dalam satu ceramahnya pada Ahad yang mendakwa Anwar pernah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menyertai semula Umno ketika era pemerintahannya.

“Awak dari mana? RTM.. Ok….Terima Kasih la….Kalau RTM boleh bagi saya 5 minit untuk bercakap saya akan jawab. Tanya menteri awak Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) boleh tak bagi Anwar lima minit atau tiga minit jelaskan secara langsung..boleh…?.

“Isu ini tidak relevan pun dan tak berbangkit..yang ketagih nak masuk Umno itu dia (Ezam),” jawabnya secara sinis kepada seorang wartawan daripada RTM.

Bagaimanapun, Anwar diasak soalan sama oleh beberapa wartawan lain, bagaimanapun beliau masih enggan mengulas lanjut.

“Kalau nak suruh layan dia( Ezam) mahal pula harga dia…Jadi saya tidak mahu meningkatkan harga dia dal

am Umno. Jadi nanti dia dapat kutipan yang lebih kalau saya respon,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR semalam. (SH)


DARI SAS: Ulat bulu dah naik badan...selepas giliran Ummi Hafilda heroin hindustan, kini puak bangkai bernyawa si Ezam dah keluar bagai hero hindustan, woii awak kaki pengampu umngok/BN bagus duduk diam-diam ja kat rumah, jaga anak bini..jangan tambah dosa fitnah orang..tambahan orang yang kau fitnah ni Anwar, orang dah muak dah nak dengar fitnah-fitnah pasal Anwar ni..kikikikiiii



Video: DS Nizar berada di pentas UMNO



Alahai umngok/BN, dah terang-teranglah video ni dah kena edit, memang SAS tak hairanlah dengan umngok/BN ni memang kaki-kaki edit video, edit gambar dan macam-macam lagi untuk fitnah, tipu rakyat! dasar puak bangkai bernyawa memang begini perangainya.

Ulasan darisungaiderhaka.blogspot di bawah sudah cukup menerangkan rakaman video yang di edit oleh puak blogger pengampu BN.

Pada minit yang ke 1:56 Nizar telah sampai dan pada minit ke 2:12 penceramah mereka ketika itu iaitu Hanafiah kelihatan terketar-ketar mengubah lap top yang ada didepannya.



Tiba-tiba pada minit yang ke 3:35 bunyi asal telah bertukar dan suara dari rakaman awal telah dimasukkan..
Dalam video kedengaran suara tapi jika diperhatikan ketika itu Hanafiah sedang terpinga-pinga dengan mulut yang tidak terbuka tetapi suaranya ada..




Bagi menipu kononnya Hanafiah meneruskan ceramah dengan menghentam Nizar secara berdepan pada minit yang ke 3:49 dimasukkan ucapan Hanafiah diawal ceramah.




Kononnya kerana tidak tahan dihentam Nizar mengangkat kaki dari ceramah UMNO itu.. pada minit yang ke 4:54 Nizarmula mengangkat kaki.. perhatkan sudut bukaan lap top dibawah ini.. dan ketika ini kelihatan Hanafiah masih terpinga-pinga..





DARI SAS: Kesian betullah dengan tukang pencacai umngok/BN ni...esok jangan lupa ambik upah ye...KAH...KAH...KAH...

Panas ! SENARAI KEKAYAAN ANAK-ANAK MENTERI MALAYSIA...kaya gila tu...




Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.

~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.

~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?

~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...



KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI

  1. Kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.
  2. Pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.


KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ



  1. anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak-anak menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa bloG brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.
  2. baru2 ini pengawal peribadinya menyerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sebuah kondominium mount kiara.
  3. Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah.


KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK

  1. anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.
  2. Hee leong yang baru berumur 27 tahun ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.
  3. pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.



KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK



  1. ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib dan masih menuntut. Foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yang mewah.
  2. beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorang remaja yang masih blajar.
  3. anak kedua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar, mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.
  4. beliau juga Pengerusi Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu. Mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.
  5. pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.
  6. bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.


KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL


~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.
~ anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.


KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
  1. Taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah.
  2. Salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.
  3. Jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.
  4. Seorang lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.
  5. Abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz a.majid, memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta sepencarian istrinya menuntut :
1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian

~ slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard




KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD

  1. Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2 lg.
  2. Mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn perniagaan Arak.
  3. Terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2 pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan itu.
  4. Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings berhad. (siasahkini.blogspt)

DARI SAS Terkelu pucat SAS dibuatnya macam anak-anak menteri ni...macam si Hanafiah umngok tu pulak...kah..kah..kah...@#$%^&*??

GAMBAR: Najib terima bunga kuning di London


Aduhaiiii Pak Najib ni, dah jauh terbang dari Malaysia pi London habuan dia warna kuning juga kau terpaksa tengok. Seperti yang korang dapat saksikan gambar di atas ini apabila Najib menerima Bunga Kuning...banyak-banyak bunga mengapa bunga kuning juga yang kau pilih? Bunga Bersih ler tu...haha..

Gambar di bawah ni pulak semasa BERSIH 3.0 berlangsung di Kuala Lumpur apabila salah seorang peserta bersih memberikan sejambak bunga kepada salah seorang anggota Polis...KAH..KAH..KAH
Macam sama ja gambar di atas dan bawah ni kan? SAS tak nak jawab...HAHAHA!




DARI SAS: Kenapa tak buat kunjungan hormat lagi di Istana Buckingham, London..takut Ratu Elizabeth pakai baju kuning lag ker ? KAH..KAH..KAH..ambik kau najib!

Bersih 3.0 : Pengalaman wartawan saksi KEGANASAN POLIS



Pengalaman wartawan saksi keganasan polis - Oleh ZULAIKHA ZULKIFLI Wartawan Malaysiakini




PADA waktu itu, penulis melihat jalan tersebut dipenuhi peserta perhimpunan yang disuraikan daripada kumpulan besar di persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Penulis melihat peserta berkenaan menuhi kawasan kaki lima dan juga di tengah jalan berkenaan. Ada di kalangan mereka mengambil peluang untuk menikmati kerepek, minuman dan aiskrim daripada penjaja di situ.

Kira-kira 15 minit kemudian satu trak FRU daripada persimpangan Jalan Perak- Jalan Tuanku Abdul Rahman mara ke arah peserta berkenaan yang bertempiaran melarikan diri.
Secara tiba-tiba, muncul pula sebuah kenderaan Proton Waja Polis dari tengahtengah persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi yang meluru laju ke arah Dataran Merdeka.

Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut. Penulis nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo.
Individu yang penulis lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.

Semasa kejadian mencemaskan itu berlaku, penulis tidak melihat seorangpun anggota polis lain berada di tempat kejadian.

Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut.

Penulis turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka.

Penulis juga mendengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu.

Beberapa orang di antaranya kemudian bertindak menterbalikkan kenderaan ke satu sisi dan memeriksa bahagian bawah kereta tersebut.

Penulis kemudiannya panik dan berlari ke bahagian tengah jalan semula kerana khuatir kereta yang terlibat dalam perlanggaran itu akan meletup.

Tidak berapa lama kemudian, penulis berpatah balik semula ke kawasan berhampiran kereta tersebut dan mendapati seorang lelaki yang cedera dengan berlumuran darah di kepalanya sedang diperiksa sekumpulan paramedik.

 (atsixty-zakriali.blogspot)


DARI SAS: Polis oh Polis !

Akhirnya Tunku Abdul Aziz keluar DAP

 

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti.

Keputusannya itu yang diumumkan malam ini, adalah satu tamparan
besar terhadap DAP ketika parti itu membuat persediaan untuk pilihan raya umum yang ramai meramalkan mungkin diadakan seawal bulan depan.

Beliau bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sepertimana khabar angin yang menyebut beliau akan menyertai Umno.

"Saya bukan katak," katanya.

Tunku Abdul Aziz sebelum ini tidak bersetuju dengan pendirian parti itu menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 - yang disertai kira-kira 200,000 yang turun membanjiri ibunegara bulan lalu bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil - yang turut menyaksikan pertembungan antara peserta dan pihak polis.


Menurutnya, disebabkan perselisihan pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, membayangkan beliau tidak dipecat daripada jawatan itu oleh DAP apabila berita tersebar bahawa penggal perkhidmatnya di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei, tidak adalah dilanjutkan.

"Saya merasakan bahawa kedudukan saya tidak lagi dapat dipertahankan dan saya tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti saya," kata Tunku Abdul Aziz kepada Malaysiakini.

Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, beliau telah mencadangkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, supaya parti itu melaksana "prosedur tatatertib yang sama terhadapnya, sepertimana yang dikenakan ke atas ahli-ahli yang lain", ekoran tindakannya itu.(malaysiakini)



DARI SAS: Orang-orang macam ni tak payah nak simpan dalam PR!...memang dah jadi adat (pengkhianat PR) yang bermasalah, media arus perdana sibuk-sibuk jemput keluar TV (semata-mata nak bongkar keburukan pembangkang), korek itu ini, lepas tu (pengkhianat PR) letak jawatan tak pun kena buang dalam parti seperti yang telah berlaku kepada Zulkefli Noordin dan Hasan Ali Akidah..haha..selepas ni sibuk la umngok/BN keluarkan PR tak demokrasi..kah..kah..kah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...