PARTI MANAKAH YANG AKAN MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA SELEPAS PRU KE-13 ?

Tuesday, 8 May 2012

MEDIA ARUS PERDANA semakin DURJANA

Akhbar Pengampu UMNO/BN !

Hanya kerana haloba pengaruh dan kesumat politik, media arus perdana turut ‘merusuh’ lalu menyerang Pakatan Rakyat dan pemimpinnya tanpa mempedulikan lagi batas dan etika kewartawanan.


Ketua Pemuda Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, politik lucah dan fitnah terus menjadi ‘senjata terdesak’ mereka untuk menghadapi kebangkitan rakyat mendepani pilihanraya umum kelak.

“Menyedari kedudukan mereka yang semakin hilang pengaruh dan pembaca, hanya lucah dan fitnah sebagai headline yang dilihat mereka boleh menyelamatkan reputasi yang telah menjunam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tanpa mereka sedar bahawa itulah menjadikan politik lucah dan fitnah sebagai bahan yang meletakkan mereka semakin jauh dari hati dan naluri rakyat.

Sebelum ini, katanya Utusan Malaysia dengan politik lucah dan fitnahnya yang melampau dan hari ini New Straits Times pula dengan provokasi yang keterlaluan tanpa asas menghilangkan kepercayaan dan menjatuhkan kredibiliti mereka di mata rakyat apabila menyiarkan kenyataan mantan Ketua Polis Negara yang mengkafirkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila memuatkan artikel bertajuk Nik Aziz is Father of Kafir.

“Anak muda pastinya semakin mual dan muak dengan politik tanpa panduan akal dan politik di bawah sedar seperti ini,” ujarnya.

Apa yang pasti, katanya mereka kembali menggunakan taktik dan teknik yang sama sewaktu mendepani pilihanr aya umum 2008 yang membuatkan mereka jatuh teruk.

Menurutnya lagi, mereka agak benak untuk belajar dari kelemahan dan kesilapan lalu atau mereka memang bermaksud mahu jatuh lagi.

(batu vs kayu)


DARI SAS: Media-media pengampu BN BUKAN PENYEBAR MAKLUMAT tetapi PENYEBAR FITNAH !


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...