PARTI MANAKAH YANG AKAN MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA SELEPAS PRU KE-13 ?

Saturday, 12 May 2012

Anwar ikrar selesaikan masalah warga tiada IC


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar menyelesaikan masalah ratusan ribu warganegara Malaysia yang masih tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sebaik sahaja berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Katanya, isu itu akan menjadi keutamaan Pakatan Rakyat dan mereka akan berusaha sesegera mungkin dalam menyelesaikannya.

"Pakatan akan menjuarai permasalahan ini dan akan mengembalikan hak mereka yang dijamin Perlembagaan Persekutuan apabila menubuhkan kerajaan persekutuan kelak," katanya dengan yakin.

Menyentuh kes Reshina Batumanathan yang mendapatkan bantuan PKR baru-baru ini, Anwar berkata pelajar tingkatan 5 itu hanya satu contoh rakyat Malaysia yang dinafikan kerakyatan dan menghadapi masa depan kabur.

"Isu ini adalah isu moral, yang paling utama dalam keadilan sosial. Reshina dan ratusan ribu yang lain yang tidak punya dokumentasi pengenalan diri dipinggir di negara sendiri," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, masih terdapat ratusan ribu masyarakat India, Dayak dan lain-lain yang masih hidup tanpa dokumentasi pengenalan diri yang sah kerana prosedur kerajaan sendiri menggagalkannya.

Ekoran itu, tambahnya, mereka dinafikan hak untuk bersekolah, bekerja, mendapat perkhidmatan kesihatan, keselamatan, bantuan kerajaan dan juga hak mengundi.

"Kebanyakan dari mereka adalah daripada latar belakang yang sangat miskin dari segi ekonomi," katanya lagi.

"Tanpa dokumen tersebut, mereka akan terus dipinggirkan dan dipandang hina oleh masyarakat setempat. Mereka juga disisihkan secara total dari menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara."

Beliau juga menempelak pelbagai janji BN untuk menyelesaikan masalah itu yang didakwa hanya "retorik politik yang memualkan". 

(MK)

DARI SAS: Haiyaaa....PATI di Sabah pula dapat IC...dasar pengundi hantu umngok/BN !...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...