PARTI MANAKAH YANG AKAN MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA SELEPAS PRU KE-13 ?

Tuesday, 8 May 2012

Parlimen Bubar Minggu Hadapan??...buat Anak Sabah



Assalamualaikum dan salam perjuagan buat penyokong Pakatan Rakyat.

Ura-ura mengatakan parlimen akan bubar pada minggu hadapan semakin hangat diperkatakan sampailah ke telinga Saya Anak Sabah (SAS) sendiri. Walau apa pun terjadi selepas ini, mari sama-sama kita tunggu dan lihat nasib Malaysia adakah akan terus kekal di bawah pemerintahan zalim rejim BN atau akan berpihak kepada Pakatan Rakyat yang semestinya menjanjikan pembelaan kepada rakyat Malaysia.

Kalau ya, bermakna minggu ini adalah minggu terakhir BN zalim memegang tampuk pemerintahan di negara ini. Sudah puaskan kah wahai BN dengan segala permainan politik kotor kamu, skandal yang kamu lakukan, ketidakadilan sana sini, sekat media, cabul hak asasi, pukul orang, fitnah, tipu rakyat, kikis duit rakyat, yang paling celaka kamu lakukan adalah mengambil hak-hak rakyat Sabah. Cakap pembangkang menderhaka raja walaupun pada hakikatnya hanyalah gimik semata-mata untuk mengambil sokongan rakyat, namun kamu silap wahai BN yang zalim!, kamu yang sebenarnya memperalatkan raja dan kamulah PENDERHAKA RAJA YANG SEBENAR!..semua yang buruk telah menjadi satu pakej dalam diri BN. Bukan namanya BN kalau tak tipu rakyat!

Malas SAS nak panjangkan tentang amalan politik kotor BN ni, mungkin sampai pembubaran parlimen pun belum tentu habis SAS nak ungkapkan. Cukup sekadar rakyat Malaysia yang sudah bijak menilai mana yang kaca atau permata.

Taburlah fitnah di merata tempat, rakyat sudah muak dengan tipu helah mu wahai BN!...kamu harus ingat wahai BN lagi zalim, semakin hari kamu mencaci PR, semakin itulah rakyat akan bertambah benci dengan kamu. 

Usah dipakai dengan kata-kata janji manis mu dalam manifiesto yang memang 'manis-manis' belaka..kerana itu hanya omongan kosong yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat.

Di negeri Sabah contohnya, mungkin Sabah adalah pangakalan untuk kamu terus berkuasa, itu dulu hanya cerita lama, tapi sekarang rakyat Sabah dah dapat membuka mata untuk sama-sama bekerjasama dengan PR untuk melesapkan kamu dari muka bumi ini. Rakyat Sabah sudah lama menderita di bawah pemerintahan BN zalim. cukup...cukup...cukup...cukuplah kamu berkuasa pada minggu ini sahaja.

Jangan harap Sabah adalah jantung kamu wahai BN! kamu silap !

Wahai anak muda Sabah, pilihan di tangan mu! kalau bukan kita siapa lagi hendak membela tanah air kita ini. BN bukan pilihan kita !!!. Buka mata seluas-luasnya wahai anak Sabah, adakah kita cukup senang di bawah pemerintah kuku besi pada masa kini. Tepuk dada tanya selera.

Berilah kemenangan kepada PR untuk mentadbir negeri Sabah ini seterusnya dapat mengambilalih kerajaan persekutuan pada PRU13! Amin Ya Rabbal Alamin. Bukanlah kemenangan semata-mata yang dicari tetapi adalah bagi mencapai visi dan misi PR untuk membela nasib rakyat Malaysia kepada kehidupan yang lebih selesa.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Dialah yang Maha Mengetahui segala-galanya dan sesungguhnya kebenaran itu akan menang jua akhirnya.

TUMBANGKAN BN PRU13!!!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!!!



2 comments:

Anonymous said...

jangan mau bermimpi di siang hari...
pr tak kan menang.....pg mampus lah pakatan anjing...

Anonymous said...

dan jgn juga nak bermimpi di siang hari...
bn tak kan kekal...tugu 1 malaysia akan jadi batu nisan...
DASAR BN PENIPU PENIPU RAKYAT!
CELAKA PUNYA BN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...