Ini menandakan desas-desus yang bertiup kencang sejak semalam mengenai pembubaran parlimen kini semakin menjadi kenyataan.
Beberapa sumber memetik perkara itu namun enggan memberi sebarang komen terhadap tindakan luar biasa bakal perdana menteri terakhir dari rejim Umno itu.
Najib Altantuya dikhabarkan selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebentar tadi dipercayai bagi memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan parlimen ke-12 yang sudah melebihi 5 tahun dari mandat yang sepatutnya diberikan.
Hasil perlaksanaan ETP dan GTP yang dibentang Najib Altantuya ala-presiden malam tadi dipercayai sudah cukup meyakinkannya untuk memanggil pilihanraya yang disifatkan paling sengit dalam sejarah negara.
Jika esok parlimen dibubarkan, ini bermakna pilihanraya umum mesti dijalankan dalam tempoh 60 hari dan penamaan calon serta tarikh membuang undi dijangka akan berlaku sekitar awal April nanti.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan mesyuarat sebaik menerima notis pembubaran parlimen dari speaker, Pandikar Amin Mulia bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan.
Najib Altantuya dianggap 'berani' kerana bakal memanggil pilihanraya di saat rating terhadap BN semakin merosot iaitu cuma 61 peratus berbanding ketika bekas perdana menteri, Abdullah Badawi iaitu 72 peratus.
Pada pilihanraya umum lalu, Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan terbesar dalam sejarah politik apabila tumbang di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan selain majoriti dua pertiga kerusi hilang dengan kemenangan 82 kerusi Pakatan Rakyat.
DARI AMS: Tak sabar nak tengok Najib jadi Ketua Pembangkang Malaysia
No comments:
Post a Comment