PARTI MANAKAH YANG AKAN MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA SELEPAS PRU KE-13 ?

Tuesday, 26 March 2013

Alasan Pakatan Rakyat Tolak Kerjasama SAPP dan STAR


Selepas ini tiada lagi perbincangan akan dibuat Pakatan Rakyat bersama dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Sabah (STAR).

Keputusan tegas itu dibuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dengan semua jentera Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KEADILAN bersama-sama dengan dua lagi sekutu baru iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dipengerusikan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin.

Walaupun terpaksa menerima keputusan tersebut dengan rasa 'berat hati', Anwar menjelaskan Pakatan Rakyat sudah banyak kali mengadakan pertemuan dengan mereka tetapi mereka bertegas dengan formula 'kerusi parlimen Pakatan boleh bertanding tetapi kerusi DUN biar kami yang menentang Barisan Nasional (BN)'.

Sumber dalaman memberitahu, SAPP yang ketuanya Yong Teck Lee dan STAR yang dipimpin Jeffrey Kitingan tidak mahu formula Pakatan Rakyat dilaksanakan, iaitu majoriti kerusi parlimen diperuntukkan kepada parti dalam pakatan itu manakala bagi kerusi DUN, pembahagian mengikut kekuatan parti akan digunakan untuk memilih kawasan bertanding.

Jika formula Pakatan Rakyat ini dibuat, ini bermakna SAPP dan STAR cuma mampu bertanding kira-kira 10 kerusi parlimen dan 20 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat akan meletakkan calon mereka di kerusi selebihnya, 15 di parlimen dan 40 di DUN.

Alasan Pakatan jelas, ia realistik sesuai dengan kekuatan jentera Pakatan Rakyat yang lebih tersusun selain dana mencukupi untuk menghadapi pilihanraya berbanding dua parti negeri itu yang kurang mendapat sambutan walaupun pada awalnya dikatakan 180,000 rakyat negeri ini sudah menyertai STAR.

Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari bagi STAR apabila sedikit demi sedikit ahli yang baru menyertai parti itu sudah keluar dan bersama Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN di Tenom, Sipitang dan Kudat.

Terbaru seramai 79 ahli STAR keluar di Tenom, salah satu kubu kuat mereka.

Manakala di Pensiangan, lebih 277 ahli PBS keluar dan mengisytiharkan diri mereka bersama Pakatan Rakyat dan menyertai KEADILAN.

Bagaimanapun tegas Anwar, walaupun mereka tidak bekerjasama dengan SAPP dan STAR dalam soal pembahagian kerusi, Pakatan Rakyat tidak akan menyerang mereka kerana fokus untuk menumbangkan BN kekal menjadi sasaran utama.

Kemungkinan untuk pertandingan satu-lawan-satu sudah dianggap tipis namun Pakatan Rakyat akan cuba untuk mengelak perkara tersebut semaksimum mungkin.

Tuduh-menuduh sudah tidak berguna lagi dan sekarang masanya untuk bekerja menumbangkan BN yang juga bermasalah terutamanya krisis antara ketua menteri, Musa Aman dengan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal.

Bagaimanapun dengan perkembangan terbaru selaras dengan keputusan perdana menteri, Najib Altantuya mengarahkan supaya 10 daerah merangkumi 15 kerusi parlimen menjadi zon selamat akan menyukarkan Pakatan Rakyat untuk membuat kejutan.

Mengapa tidak, kerana Najib Altantuya akan memastikan 15 kerusi tersebut kekal di tangan BN sekaligus mengelak tsunami politik kedua dalam sejarah megeri itu setelah Parti Bersatu Sabah (PBS) melakukannya era 90-an dulu.

Peluang untuk membuat kejutam tetap ada namun tindakan licik Najib Altantuya dijangka akan menyelamatkan BN dari kehilangan Sabah kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi Anwar optimis Pakatan Rakyat sudah diterima di negeri ini dan biarlah Najib Altantuya menipu dalam pilihanraya, yang pasti rakyat Sabah akan membuat pilihan dan BN akan tahu nasib sebenarnya nanti. ~mpr


sumber: addin77.blogspot.com

DARI AMS: Aku setuju sangat dengan DSAI ni! sebagai anak Sabah yang melihat sendiri politik di Sabah ni, aku nampak parti SAPP dan STAR ni sangat merugikan Pakatan Rakyat jika mereka bekerjasama. Kedua-dua parti ni ada agenda tersendiri! Apa yang penting, kasi tumbang itu BN di Sabah pada PRU13!

Muslihat Najib Terbongkar Angkara Nak Kekalkan Kuasa Di Sabah


Semalam Najib Altantuya mengistyharkan 10 daerah di Timur Sabah menjadi kawasan Selamat di Sabah.

Sepuluh daerah yang dimaksudkan ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Baluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Pemilihan kawasan itu sebagai kawasan keselamatan khas membawa kepada penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.

Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri manakala Najib Altantuya selaku perdana menteri akan menjadi pemantau. Ahli jawatankuasa lain akan diumum perlatikannya nanti.

Menurut Najib Altantuya, beliau sendiri telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962 dikuatkuasakan bagi memastikan keselamatan rakyat di Sabah terus terjamin.

Sememangnya tidak siapa dapat menyangkal hasrat kerajaan untuk mewujudkan keadaan selamat dan damai di Timur Sabah itu waktu ini. Sewajarnya kalau kerajaan mengambil langkah-langkah perlu seperti mengistyharkan atau meletakkan 10 kawasan itu dalam zon yang diberi kawalan keselamatan khas.

Tindakan itu diambil semuanya gara-gara meletusnya tragedi pencerobohan yang menelan lebih 50 korban termasuk sembilan orang anggota keselamatan kita manakala ratusan yang ditangkap. Namun betapa suci usaha kerajaann itu ia tetap akan disuluh dengan berbagai maksud kerana ianya dibuat dalam edah pilihan raya umum akan menjelang tiba bila-bila masa saja.

Mungkin ramai yang tidak sedar didalam 10 daerah itu ia merangkumi tujuh kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN Sabah.

Kerusi-kerusi Parlimen yang termasuk dalam zon keselamatan khas ini ialah, P167 Kudat, P168 Kota Marudu, P183 Baluran, P187 Kinabatangan, P 189 Semporna dan P190 Tawau.

Manakala di dalam kawasan Parlimen itu pula merangkumi sebanyak 15 kerusi DUN iaitu, N1 Baggi, N3 Pitas, N4, Manttagong, N5 Tandek, N39 Sugut, N40 Labuk, N42 Sungai Sibuga, N45 Elopora, N46 Tanjung Rapat, N47 Kuamut, N52 Sulabayan, N54 Bogaya, N53 Senaling, N55 Balung, N 56 Apas.

Jumlah kerusi Parlimen yang terlibat itu kira-kira 40 peratus daripada 25 kerusi keseluruhan di Sabah dan kira-kira 25 peratus daripada kerusi negeri yang berjumlah 60.

Kalau diandaikan kesemua kerusi Parlimen yang berada di dalam kawasan keselamatan khas itu akan ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN), ini bermakna BN hanya memerlukan kira-kira lima kerusi saja lagi untuk mendapat lebih separuh daripada 25 kerusi Parlimen.

Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri pula, kalau kesemua 15 kerusi di dalam tujuh kawasan Parlimen itu dimenangi BN ini bererti BN memerlukan 15 atau 20 kerusi sahaja lagi untuk menguasai semula kerajaan Sabah.

Dengan kedudukan dan perangkaan itu menyebabkan ada tanggapan mengatakan pengistyharan 10 kawasan keselamatan khas itu dibuat bermotifkan politik untuk menjamin kekuasaan BN di Sabah.

Hari ini BN terdesak dan menggeletar apabila pihak Pakatan Rakyat dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah (APS) mendakwa mereka bakal menguasai 10 hingga 12 kerusi Parlimen.

Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai 10 hingga 12 kerusi Parlimen Sabah seperti diuar-uarkan besar kemungkinan kerajaan Sabah pimpinan BN juga akan tumbang.

Persoalnya kini apakah motif disebalik pengistyharkan 10 kawasan yang diletakan dalam kawasan keselamatan khas itu bermotif politik atau sebaliknya?

Sukar untuk kita menjawab di sini kerana tragedi yang berlaku di Lahad Datu itu telah memakan banyak korban yang menyebabkan tidak tergamak untuk dikatakan ianya sebagai sandiwara.

Asasnya kejadian itu benar, mati itu benar, bom itu benar walaupun tak mengena sasaran, bagai mana pun mana rententan perkembangan-perkembangan seterusnya dan dapatan dari lapangan boleh dipertikaikan dan inilah menyebabkan ada mengatakan apa yang berlaku di Sabah itu tidak begitu tulen atau pun lebih tepat tragedi yang tidak tersangka itu telah digunapakai untuk kepentingan politik.

BN terutamanya Najib Altantuya bernasib baik dengan kejadian itu kerana ia membantu baginya menyelamatkan Sabah.

Apapun sama ada pengistyharan 10 zon keselamatan khas itu memberi laba politik besar atau tidak ianya akan terjawab selepas pilihanraya kelak.

Ukuran mudah yang boleh dibuat kalau kedudukan BN di Sabah tidak berubah, maka jelas ianya adalah plan politik yang sungguh drmatik dan penuh taktikal tetapi kalau Pakatan Rakyat menang pula menunjukkan kehendak rakyat Sabah mengatasi pelan politik Umno?

sumber: pencacai-semalaysia.com

DARI AMS: Rancanglah wahai UMNO/BN selagi korang boleh merancang nak kekalkan kuasa di Sabah dengan taktik kotor! hoiii UMNO/BN jangan lupa, perangcangan korang tak dapat mengatasi perancangan ALLAH. InsyaAllah dengan izinNya SABAH akan JATUH ke tangan PAKATAN RAKYAT PRU13 ni!!!!

Monday, 25 March 2013

GEMPAR!!! PENGARAH JABATAN PELAJARAN SABAH SERTAI PKR

 

(Balqis Abdullah)

KOTA KINABALU 25 MAC: Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin menyertai KEADILAN bersama-sama 318 orang lagi.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Himpunan Harapan Rakyat di Star City Convention Hall di sini, malam tadi.
Lebih 5,000 ahli KEADILAN menyaksikan penyertaan Dr Muhiddin yang terkenal kerana berani menegur Kementerian Pelajaran berkaitan masalah sistem pendidikan di negeri itu.

Beliau juga tidak puas hati dengan layanan Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno BN terhadap Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berikutan tidak diberi dana secukupnya.

sumber: keadilandaily

DARI AMS: Ini kali lah...semakin PR difitnah, semakin ramai penyokong PR! hancur BN!

POLIS CEKUP SAMSENG UPAHAN....


Lihatlah betapa kecut dan menikusnya samseng-samseng upahan UMNO apabila kena cekup oleh AMK dengan bantuan pihak polis semasa mereka cuba buat ganggu kacau satu program di Kota Kinabalu, Sabah, petang tadi, 24hb Mac 2013...

Sebiji seketul macam tikus kena simbah air panas..Tunduk ketakutan.. Kalau tidak bukan main garang dan berlagak lagi...Ingatkan hebat sangat!!!

Bila kena cekup tahu pula kecut perut..Tapi jangan salahkan mereka.. Itulah sebenarnya peribadi juak-juak UMNO..Belum kena buku dengan ruas dialah hero. Bila dah kena cekup, senyap terus!!!!

Masa kena cekup ketua-ketua mereka pun hilang lesap tak nampak batang hidung.

Syabas kepada PDRM kerana bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan juga AMK yang bertindak pantas dan berani membantu pihak PDRM dalam menagkap para penyangak upahan UMNO ini.

Omak kau tabik spring pada anda kalian.

SUMBER: HARAKAHDAILY


DARI AMS: aku dah tak kisah dorang ni nak buat apa, kalau dah 'bapak' borek mesti anak pun rintik haha

Tuesday, 19 March 2013

NAJIB mengadap Agong, Parlimen Bubar Hari ni atau esok?


Kenderaan rasmi yang membawa perdana menteri, Najib Altantuya dilihat memasuki pintu masuk utama Istana Negara di Jalan Duta, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.55 pagi, lebih awal dari kebiasaannya kira-kira jam 9.45 pagi.

Ini menandakan desas-desus yang bertiup kencang sejak semalam mengenai pembubaran parlimen kini semakin menjadi kenyataan.

Beberapa sumber memetik perkara itu namun enggan memberi sebarang komen terhadap tindakan luar biasa bakal perdana menteri terakhir dari rejim Umno itu.

Najib Altantuya dikhabarkan selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebentar tadi dipercayai bagi memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan parlimen ke-12 yang sudah melebihi 5 tahun dari mandat yang sepatutnya diberikan.

Hasil perlaksanaan ETP dan GTP yang dibentang Najib Altantuya ala-presiden malam tadi dipercayai sudah cukup meyakinkannya untuk memanggil pilihanraya yang disifatkan paling sengit dalam sejarah negara.

Jika esok parlimen dibubarkan, ini bermakna pilihanraya umum mesti dijalankan dalam tempoh 60 hari dan penamaan calon serta tarikh membuang undi dijangka akan berlaku sekitar awal April nanti.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan mesyuarat sebaik menerima notis pembubaran parlimen dari speaker, Pandikar Amin Mulia bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan.

Najib Altantuya dianggap 'berani' kerana bakal memanggil pilihanraya di saat rating terhadap BN semakin merosot iaitu cuma 61 peratus berbanding ketika bekas perdana menteri, Abdullah Badawi iaitu 72 peratus.

Pada pilihanraya umum lalu, Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan terbesar dalam sejarah politik apabila tumbang di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan selain majoriti dua pertiga kerusi hilang dengan kemenangan 82 kerusi Pakatan Rakyat.


DARI AMS: Tak sabar nak tengok Najib jadi Ketua Pembangkang Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...