PARTI MANAKAH YANG AKAN MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA SELEPAS PRU KE-13 ?

Tuesday, 15 January 2013

ANWAR menang saman, KHAIRY tarik balik fitnah

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.


“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.

Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.

Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.

“Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan,” kata Haijan kepada pemberita.

“Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak,” tambahnya.

Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.

Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.

Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu.

DARI ANAK MUDA SABAH: Kebenaran demi kebenaran terus berlaku, kejayaan PR untuk menawan Putrajaya kian hampir. Ini Kali Lah...Tukarrrrrr!

Monday, 14 January 2013

UiTM Sabah! Tolong Hentikan Intimidasi terhadap MAHASISWA



GABUNGAN NGO MENUNTUT HAK RAKYAT SABAH (GEGAR)

KENYATAAN MEDIA : 11 JANUARI 2012

UITM SABAH PERLU HENTIKAN INTIMIDASI TERHADAP MAHASISWA



Dalam keterbukaan Pihak polis dan Kerajaan Malaysia untuk menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman, Pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Sabah dilihat masih terkebelakang dalam memberikan ruang yang sama untuk penuntut di Universiti itu.

Terbaru, pada 10 Januari 2013, pihak GEGAR mendapat maklum dua bilik mahasiswi UITM Sabah telah diserbu oleh 5 orang lelaki yang terdiri daripada 3 orang pegawai Universiti dan 2 orang Polis bantuan. Serbuan itu dipercayai dilakukan bagi mencari bukti keterlibatan mahasiswi tersebut dengan penganjuran Himpunan Sabah Bangkit pada 12 januari ini dan pengedaran risalah bertajuk “Hak untuk Berhimpun” yang dimasukkan ke bawah setiap pintu bilik asrama UITM baru-baru ini.

KEJADIAN SATU :Kejadian pertama berlaku pada jam 9.30 malam apabila 5 orang pegawai universiti menyerbu masuk ke bilik yang sedang diduduki oleh 4 orang mahasiswi. Semasa serbuan, keempat-empat mahasiswi tersebut sedang menyiapkan tugasan kuliah dan sangat terkejut apabila mendapati 5 orang lelaki sedang berada dihadapan pintu bilik mereka. Kelima-lima lelaki tersebut memasuki bilik mereka dan bertanyakan beberapa soalan. Antara soalan yang ditanya ialah, apakah kamu yang mengedarkan risalah baru-baru ini? Apakah kamu akan hadir ke perhimpunan pada sabtu ini?. Sebelum beredar, salah seorang daripada pegawai tersebut telah memberi amaran bahawa sekiranya mahasiswi berkenaan hadir ke perhimpunan Sabah Bangkit pada 12 Januari ini, mereka akan dibuang kolej.

KEJADIAN DUA :
Dalam kejadian kedua pula, Mahasiswi berkenaan memaklumkan serbuan tersebut berlaku pada jam 9.40 malam sewaktu beliau berseorangan dalam bilik dan sedang menyiapkan tugasan persatuan. Pintu bilik beliau diketuk dengan kuat dan beliau sangat terkejut apabila melihat 5 orang lelaki sedang menunggu dihadapan pintu bilik. Pegawai tersebut telah memeriksa buku dan fail untuk mencari bukti yang mereka kehendaki. Mereka juga cuba membuka almari pakaian namun dihalang oleh mahasiswi tersebut kerana disifatkan sebagai melanggar hak peribadi. Sebelum beredar, pegawai universiti itu mengatakan bahawa dalang disebalik pengedaran risalah itu ialah orang bukan Islam yang cuba menghasut warga UITM. Akibat daripada serbuan ini, mahasiswi yang terlibat dikatakan berada dalam keadaan sedikit trauma kerana terkejut dengan tindakan pihak Universiti menghantar staff lelaki untuk membuat serbuan.

PANDANGAN PIHAK GEGAR :
Tindakan pihak pentadbiran UITM ini dilihat melanggari tiga hak asas yang dijamin dalam prinsip Hak Asasi Manusia Sejagat yang memberi peruntukan esklusif kepada setiap individu untuk bebas memberi pandangan, bebas berhimpun secara aman, dan hak untuk mendapat perlindungan privasi.Tindakan menyerbu bilik mahasiswi pada waktu malam tanpa sebarang notis pemberitahuan merupakan perbuatan tidak bertamadun dan tidak beretika. Biarpun pihak universiti mempunyai hak untuk memasuki biliki seseorang mahasiswa tanpa notis mengikut Akta Institusi Pelajaran 1976, namun pihak Universiti sepatutnya mendahulukan budi bicara memandangkan tindakan yang dilakukan boleh mengganggu privasi mahasiswa yang sepatutnya dilindungi.

Pihak GEGAR juga menggesa pihak pentadbiran UITM Sabah menghayati transformasi politik yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Biarpun ada kritikan terhadap transformasi tersebut, namun semangat untuk membuka ruang rakyat berpatisipasi dengan amalan demokrasi yang terbuka perlu dihayati. Tindakan terbaru pihak UITM Sabah ini juga bercanggah dengan semangat pindaan Auku 2012 yang membuka ruang untuk mahasiswa terlibat dengan aktiviti luar samada berunsur politik ataupun tidak.

SARANAN GEGAR :
Pihak GEGAR menyarankan agar pihak Kerajaan meneliti semula Akta UITM 173 dan Akta Institusi Pelajaran 174 yang mengandungi elemen kekangan untuk mahasiswa terlibat secara langsung dengan aktiviti demokrasi secara terbuka. Kedua undang-undang ini perlu mengalami rombakan atau dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang yang lebih bersifat progresif seiring dengan keterbukaan pihak kerajaan.

Pihak GEGAR juga menggesa pentadbiran UITM Sabah agar menghentikan sebarang intimidasi terhadap mahasiswa yang ingin terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh memberi pendidikan demokrasi terhadap mahasiswa itu sendiri. UITM Sabah sepatutnya mempercayai kemampuan mahasiswa untuk berfikir secara matang dalam menilai tindakan yang sepatutnya mereka lakukan demi masa depan Negara dan masa depan mereka secara aperibadi.


Sekian. Terima Kasih
Yang Benar.

HARIYADIE KARMIN
Kordinator GEGAR
Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR)
014 – 875 0414 / 013 – 899 5744



sumber: tukartiub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...