PARTI MANAKAH YANG AKAN MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA SELEPAS PRU KE-13 ?

Tuesday, 25 September 2012

PRO-MAHASISWA KUASAI UM dan UKM



SHAH ALAM - Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memihak kepada kumpulan Pro-Mahasiswa.Pro-Mahasiswa memenangai 22 kerusi manakala Pro-Aspirasi pula menguasai 19 kerusi. Dua calon peringkat kerusi fakulti memperolehi undi yang seimbang.Peratusan keluar undi hanya 42.14.Keputusan itu diumumkan oleh Naib Canselor UM Tan Sri Dr Ghauth Jasmon kira-kira pukul 6 petang ini di Akademi Pengajian Melayu.

Ghauth berkata sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu tahun ini dan keputusan rasmi akan diumumkan Khamis ini.Dalam pada itu, Kumpulan Pro-Mahasiswa juga menang di UKM dengan memperoleh 19 kerusi manakala Pro-Aspirasi menang di sembilan kerusi.

"Pro-Mahasiswa berjaya mengekalkan penguasaan di UKM sekali lagi," kata seorang pemimpinnya kepada Sinar Harian Online.Dalam pada itu, kumpulan Pro-Aspirasi menang besar dalam pilihan raya kampus di kebanyakan universiti.Antaranya,Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Malaysia.

Di UPM, Pro-Aspirasi memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan manakala di UUM pula, 34 kerusi disapu bersih daripada 36 kerusi.Sementara itu, di UPSI, 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan milik Pro-Aspirasi, manakala di UPNM, kesemua kerusi dimenanginya.Selain itu, di UMP pula, 22 daripada 24 kerusi dimenangi Pro-Aspirasi dan 33 kerusi dimenangi di UMS. -sinar


DARI SAS: Tahniah kepada Pro-Mahasiswa! teruskan perjuangan sebagai penggerak mahasiswa yang terunggul ! 


Sunday, 23 September 2012

Ketua Pemuda UMNO SABAH songlap 7 Juta?

WAWANCARA......Asbal (bersongkok) sedang menjelaskan Skandal Sarang Burung Gua Gomantong kepada Krew Sabahkini.net di sebuah hotel di Sandakan.

Oleh : SHAIMON JUMADI

PARA pewaris dan penender sarang burung Gua Gomantong Sandakan merayu Perdana Menteri Malaysia, merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar dapat mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM menjalankan siasatan segera dan menghadapkan mereka yang terlibat dengan Skandal Sarang Burung berkenaan kemuka pengadilan.

Salah seorang penender, Asbal @ Asman Shah Bin Asik yang mewakili Warisan 5G 5K Gua Gumantong (1882) Sdn. Bhd. (952200-K) berkata beliau amat kecewa kerana sehingga hari ini (23 September 2012), belum mendapat sebarang keputusan muktamad daripada Kerajaan Negeri Sabah berhubung tender sarang burung Gua Gomantong tahun 2012.

"Kami telah membuat laporan di Pejabat SPRM Sandakan sejak April 2012, tetapi tidak ada sebarang penyiasatan dilakukan," ujar Asbal yang menemui Krew Sabahkini.net yang sedang menjalankan operasi khas baru-baru ini.

Kata Asbal, mereka kesal kerana kesemua penender asal masih dibenarkan meneruskan tender berkenaan sedangkan penender baru kerugian ratusan juta ringgit sejak Kerajaan Negeri tidak mengumumkan keputusan tender berkenaan.

"Anehnya, kesemua kontraktor asal adalah 'BANKRAP' dan tidak layak meneruskan tender berkenaan terutama Ketua Pemuda UMNO Sabah, Haji Awang Kadin Tang setelah syarikatnya masih berhutang sejumlah RM7 juta dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah," kata Asbal yang meminta penjelasan segera berhubung isu hutang berkenaan.

Kata Asbal, kesemua pewaris dan penender amat terkilan kerana Kementerian Kewangan tidak mengambil sebarang tindakan menghentikan kontrak memungut sarang burung di Gua Gomantong bagi Lot 1, Lot 3, Lot 5 dan Lot 7 sedangkan Awang Kadin belum menjelaskan hutangnya sehingga ke hari ini; sebaliknya dibenarkan menambah hutang.

Persoalannya, kata Asbal, bagaimana Jabatan Hidupan Liar boleh membenarkan Awang Kadin berhutang sedangkan semua sarang burung yang dipungut dijual secara tunai?

Dalam hal ini kata Asbal, Pengarah Jabatan Hidupan Liar telah menyalahi Akta Acara Kewangan dan boleh diambil tindakan surcaj kerana gagal memungut HUTANG atau lebih tepat wang pewaris yang 'DIROMPAK' Awang Kadin selama ini.

Begitu juga dengan Lot 2 dan Lot 4, kata Asbal, pihaknya mengesan kontraktor berhutang Iebih kurang RM5 Juta tetapi Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan masih membenarkan kontraktor ini meneruskan perkhidmatan memungut sarang burung.

"Saya mengetuai Empat Kumpulan Pewaris telah mendapat keputusan Mahkamah Syariah berhubung hak warisan dan menyertai kesemua tender yang dipelawa Jabatan Hidupan Liar atas nama Warisan 5G 5K Gua Gumantong (1882) Sdn. Bhd, tetapi hampa hanya dapat masuk tender dan dipilih, tetapi tidak dapat masuk gua," kata Asbal yang kesal kerana Jabatan Hidupan Liar masih mengamalkan hukum rimba.

Sebagai Anak Negeri Sabah yang teraniaya dan haknya telah dinafikan oleh Jabatan Hidupan Liar; kata Asbal, sekalipun Perdana Menteri tidak mempunyai jurisdiksi ke atas Kerajaan Negeri; namun beliau pohon ehsan dan kerjasama Najib agar mengarahkan SPRM menjalankan siasatan rapi.

"Kita percaya terdapat penyelewengan peringkat tertinggi dalam sistem tender Kerajaan Negeri Sabah; terutama 'Imuniti' yang dimiliki oleh Awang Kadin Tang," kata Asbal yang tidak menolak kemungkinan terdapat 'Cartel' yang melindungi Awang Kadin selama ini.

Tegas Asbal, jika tiada tindakan diambil terhadap 'Penjenayah Kolar Putih' seperti Awang Kadin yang melunturkan kepercayaan para pengundi, maka seluruh masyarakat Pewaris Gua Gomantong tidak lagi akan memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional.

"Selama ini Kerajaan BN Sabah sinonim sebagai perampas tanah dan hak mutlak kami sebagai pewaris sarang burung Gua Gomantong," kata Asbal yang membayangkan akan mendedahkan segala maklumat dalam masa terdekat untuk paparan umum bagi membuktikan bahawa Ketua Pemuda UMNO Sabah adalah 'Penjenayah Besar' yang dilindungi UMNO selama ini./~sabahkini.net

DARI SAS: 7 Juta sikit tuuu....ambil lagi bah banyak2...sabah kan kaya kah..kah..kah..

Wednesday, 1 August 2012

Abby Abadi Maghrib tadi berIMAMkan Norman Hakim

Assalamualaikum dan Salam Ramadan !



Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya. Semoga Abby serta anak-anak dapat meneruskan hidup di bumi Allah yang tercinta ini. Amin Ya Rabbal Alamiiin :)

gambar kredit: kerabubersuara.blogspot


DARI SAS: Agensi tudung bukan tuhan yang memberikan rezeki kepada Abby dengan memberhentikan Abby sebagai dutanya. Semua urusan Allah ! Dia yang Maha Pemberi Rezeki !

Wednesday, 27 June 2012

PANAS ! Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Sabah sertai PAS


BEAUFORT: PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu.

Sebagai simbolik, beliau menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri ini daripada cengkaman Umno Barisan Nasional.

Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya.

Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah.

"Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam.

"Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata,” kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an.

“Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan.

“Masalah asas seperti elektrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan,” ujarnya dalam nada kecewa.

Beliau turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah.

“Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu Dun di bawah Parlimen ini,” jelasnya.

Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. - harakahdaily


DARI SAS: Ayuh selamatkan bumi Sabah dari KERAjaan BN zalim !

Sunday, 10 June 2012

PANAS DARI SABAH! 2 Ahli Parlimen BN sertai Pakatan Rakyat !


Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Lajim Ukin.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi.

"Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily.

Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.

Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA).

Jam 10 malam nanti, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di lokasi yang sama.

Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional kini hilang lagi dua kerusi, pertambahan kepada pakatan pembangkang setelah satu lagi parti komponennya, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar dari BN dua tahun lalu.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa khidmat Musa Aman sebagai ketua menteri kini terumbang-ambing ekoran gagal memujuk kedua-dua pemimpin berpengaruh yang dikatakan tersingkir dari dicalonkan di parlimen masing-masing.

Sabah mempunyai 25 buah kerusi parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat dalam hasrat menumbangkan Barisan Nasional dari kekuasaan di Putrajaya.

Najib Altantuya sudah tentunya akan lebih tertekan dengan perkembangan terbaru ini kerana belum pernah dalam sejarah Umno-APCO dimalukan sebegitu rupa ekoran tindakan Lajim menyertai Anwar Ibrahim memandangkan beliau salah seorang ahli majlis tertinggi (MT) parti reput itu sehingga kini. -jalanpulang


DARI SAS: Sabah kini bukan kubu kuat BN lagi !

2 tokoh BN Sabah lompat parti hari ini ?


Khabar angin bertiup kencang bahawa Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing dan pendokong Umno Sabah Datuk Seri Lajim Ukin akan menyertai majlis PKR hari ini, sekali gus menyertai pembangkang.

Ketua PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini (bawah) berkata, dua tokoh BN itu besar kemungkinan akan hadir ke perayaan Kaamatan di Kota Belud dan majlis makan malam PKR pada jam 8 malam ini di Kota Kinabalu.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah pada jam 1.40 petang ini dan dijadual menghadiri kedua-dua acara yang sama.

Thamrin berkata, walaupun sambutan Kaamatan mungkin terjejas ekoran banjir menenggelamkan jalan ke Kota Belud, majlis makan malam dijangka diteruskan kerana diadakan di pusat konvensyen mewah.

"(Presiden Parti Maju Sabah Datuk) Yong Teck Lee sudah tentu akan hadir ke majlis makam malam; dan terdapat kemungkinan besar Lajim dan Bumburing juga turut serta.

"Tetapi sama ada mereka akan melakukannya, kami tidak dapat sahkan," katanya ketika dihubungi. - malaysiakini


DARI SAS: Adakah ini tandanya BN Sabah akan tumbang pada PRU13? habislah kau UMNO!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...