BERSAMA-SAMA PAKATAN RAKYAT MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEBENARAN !!!
PARTI MANAKAH YANG AKAN MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA SELEPAS PRU KE-13 ?
Tuesday, 22 May 2012
PAS yakin tawan beberapa DUN di Melaka
PAS yakin akan menawan beberapa Dun dalam negeri Melaka di samping mengetuai PR membentuk kerajaan negeri yang baru pada PRU 13 nanti.
Sumber dalaman PAS yang boleh dipercayai yakin bahawa parti itu akan membuat kejutan pada PRU 13 kali ini.
"DAP sudah pasti akan memenangi sekurang-kurangnya 7 kerusi manakala PKR menang sebanyak 4 kerusi dan PAS akan menang paling minima 5 kerusi"
"PR akan menang minima 16 kerusi, BN 12 kerusi, kalau Ali Rustam bertanding Dun dan menang dia akan ikut jejak Khir Toyo jadi Ketua Pembangkang" kata sumber tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.
Menurutnya Umno sering membuat fitnah bahawa Ketua Menteri adalah dari kalangan DAP yang bukan Melayu jika PR menang pada PRU 13 nanti.
"Siapa kata DAP jadi Ketua Menteri, kita akan bincang selepas menang. Sekarang inipun kita dah bincang dan kita akan memastikan semua rakyat Melaka termasuk Melayu, Cina dan India akan bersetuju dengan calon Ketua Menteri kita, PR ada ramai calon Ketua Menteri, bukan macam Umno/BN" tambah beliau.
"Malah ramai pimpinan PR yang telah memberi pandangan bahawa Ketua Menteri Melaka tetap orang Melayu bagi menunjukkan bahawa PR akan sentiasa memastikan kepuasan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat Melaka"
"Kita akan ambil pandangan semua pihak bagi memastikan kesinambungan perjuangan PR untuk selama-lamanya bukan sekadar sepenggal" ujar beliau bersungguh-sungguh.
Keyakinan pimpinan PAS tentang keupayaan parti itu memenangi beberapa kerusi Dun di Melaka, diperkuatkan dengan kegelabahan Umno Melaka yang seakan-akan takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Antara contoh ketara Umno semakin goyah dan gelabah ialah tindakan mereka menganggu ceramah PAS dengan mengadakan ceramah di sebelah; membuat kacau pada program-program PR dan paling baru mengganas dengan merosakkan kereta dengan membaling batu dan telur ke arah penyokong dan pimpinan PR pada program anjuran PR dan penyokong Bersih 3.0 di Merlimau baru-baru ini.
Selain itu sumber dalaman Umno juga menyebut bahawa terdapat lebih dari 10 kawasan hitam bagi Umno Melaka. Malah sumber itu menyebut bahawa kawasan-kawasan kelabu juga bila-bila masa sahaja boleh menjadi hitam disebabkan kegagalan jentera Umno untuk menjawab isu-isu hangat di peringkat negeri dan nasional.
Desas-desus juga menunjukkan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam akan pencen dari jawatan yang disandang sekarang dan beralih angin untuk bertanding di kerusi Parlimen. Malah Ali juga dikatakan tidak berani bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil tetapi memilih kerusi Jasin atau Tangga Batu bagi memastikan kedudukannya selamat dan menang selesa. -mutaligat.blogspot
Latar Belakang Pendidikan dan Kerjaya RAFIZI RAMLI
Rafizi Ramli
Lahir: 14 September 1977
Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
- Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan
- Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
- Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
- Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
- Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
- Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
- Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
- Presiden, Badan Revolusi Agama
- Presiden, Pancaragam Tentera
- Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
- Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
- Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
- Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
- Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
- Pengawas
- Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)
- Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan
- Elektronik
- Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA
Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
- lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
- diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
- diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
- Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
- Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)
- Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
- Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
- Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
- Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
- Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)
- Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )
- Ketua Eksekutif
(rafiziramli.com)
Sunday, 20 May 2012
Gambar Panas ! Tan Sri Annuar Musa juga tuntut royalti minyak
Gambar di atas membuatkan UMNO/BN Kelantan tak tidur lena terutamanya kepada Mustapha Mohamad dan Najib apabila tindakan Tan Sri Annuar Musa dilihat bersama rakyat Kelantan turut menandatangani tuntutan royalti minyak bagi negerinya semasa kehangatan perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu lepas.
DARI SAS: Kalau dah orang kuat BN sendiri tuntut royalti minyak...SAS dah tak nak cakap apa....hihi
Gempar ! UMNO anjurkan BERSIH 4.0
Dikhabarkan BERSIH 4.0 anjuran Umno sedang berlangsung di KL skrg, bertemakan "Mencucikan Bersih 1 , 2 dan 3" .
Wakakakkkkk....Ini bukan BERSIH (Gabungan pilihanraya bersih dan adil) tetapi ini adalah Pemuda UMNO Selangor bersama-sama berganding bahu dengan PERKASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyamar sebagai peniaga-peniaga kecil buat lagi satu NGO dinamakan BERSIH 4 yang dilancarkan di Dataran Madras depan Semua House, KL sebentar tadi (semalam). Aktiviti penipu dan bodoh pertama mereka ialah akan memohon 60 permit peniaga bagi membuka gerai di depan rumah Datuk Ambiga pada 24-25/5/2012.
DARI SAS : Dasar umno bebal dah tak ada kerja lain kerrr?? KAH..KAH...KAH...budak-budak tadika pun ketawa dengan gelagat 'pengampu' yang makin hari makin nyanyuk ni...kikiki... (btmmari.blogspot)
Panas ! Abby Abadi berada di Pentas PAS
Alhamdulillah...selepas Aishah, Dayangku Intan,,,,, Kini Giliran "Abby Abadi" Mengambil Tempat.. Jom Kita Turun Ramai-Ramai... ::.kikiki.::
Abby Abadi ( Isnp. Aliza) Bekas pelakon Siri GERAK KHAS akan bersama sama di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang
Baguslah macam nie.ada perubahan yang baik.Inilah parti pas.Orang yang mahu berubah kepada kebaikan akan menyertai pas manakala orang yang nak kepada keburukan akan menyertai Umno.Ko orang orang fikir-fikir la sendiri..Apa pun aku ucapkan tahniah Abby abadi kerana bersama-sama dengan parti islam..

(siasahkini)
DARI SAS: Tahniah kepada Abby Abadi !
Saturday, 19 May 2012
Video Panas! Pemimpin UMNO mengamuk dan Ishtihar keluar parti
UMNO PERAK HANYA AKAN TINGGAL SEJARAH, SAKSIKAN UMNO KENA MAKI HAMUN DENGAN ORANG KUATNYA SENDIRI ( 1 VIDEO )
Naib Ketua Umno Kampar Isytihar keluar parti
BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.
Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.
"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.
"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.
"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.
"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.
"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat. (naimnikmat.blogspot)
DARI SAS: Nak ulang lagi apa yang Zamhur cakap, "Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir"...kah..kah..kah...umno oh umno!

FINAL PIALA FA: Stadium Nasional Bukit Jalil akan diGEGARkan dengan TUNTUTAN ROYALTI
Stadium Bukit Jalil DiGEGARkan Oleh Tuntutan Royalti Sempena Final Piala FA
Kuala Lumpur: Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini.
Gambar: Tandatangan rakyat Kelantan minta kembalikan hak royalti minyak Kelantan "didaratkan" di Perkarangan Dataran Stadium Bukit Jalil. Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.
"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily.
Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.
Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.
Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.
Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.
"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.
Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.
Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. (HD)

DARI SAS: Go on the red warriors ! pastinya camera man malam ni kurang memfokuskan penyokong-penyokong Kelantan jika kain rentang gergasi menuntut royalti dinaikkan...1 Malaysia tengok tuuu...bergegarlah si Najib malam ni..kah..kah..kah..
Subscribe to:
Posts (Atom)